Ketua Pasukan Malaysia Dan Singapura

KETUA pasukan Malaysia, Safiq Rahim (kanan) dan Ketua pasukan Singapura, Shahril Ishak. Safiq, Shahril galas misi berat SELEPAS hampir empat tahun tidak bertembung dalam pentas rasmi bola sepak, sifat seteru antara Malaysia dan Singapura kembali lagi menghangatkan suasana. Malam ini, barisan Harimau Malaya diketuai Safiq Rahim dan Shahril Ishak (kiri) akan turun berarak membimbing rakan pasukan masing-masing masuk ke Stadium.

Ramalan Malaysia Akan Menang

Barisan pemain muda dalam pasukan Malaysia telah terbukti beraksi dengan cukup baik hingga mampu menjuarai Piala Suzuki (AFF) 2010. Reputasi sebagai juara itu sendiri sudah mampu menggerunkan Singapura.

kim swee nyata mahu mengetepikan

"Memang kami tahu, Jepun adalah pasukan terkuat Asia manakala Syria dan Bahrain juga banyak melibatkan diri dalam arena bola sepak antarabangsa. Pun begitu, ia tidak menjadi alasan untuk kami berasa gementar.

Penjaga Gol no 1 Malaysia

JOM KITA KENALI PENJAGA GOAL NO 1 MALAYSIA, Nama : Khairul Fahmi Che Mat, Tarikh Lahir : 7 January 1989 in

NORSHRUL IDLAN DAN KASUT EMAS

SHAHRUL IDLAN TALHAH atau lebih dikenali dikalangan rakan rakan (MAT YO) kini sedang berebut tempat dengan pemain terengganu untuk ditabal selaku pemenang kasut emas.Pemain yang berkelahiran terengganu ini dikenali ramai,sejak beliau berjaya membawa pasukan kelantan ke final piala fa menentang terengganu yg mana terenganu menang 2-1di stadium nasional bukit jalil tempohari.

Sunday 7 August 2011

JADUAL LENGKAP PIALA MALAYSIA 2011

6 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Johor vs Kedah | Sabah vs Perak
KUMP B -> Sime Darby vs Terengganu | PKNS vs N.Sembilan
KUMP C -> Sarawak vs Kelantan | Felda vs Johor FC
KUMP D -> PDRM vs Selangor | K.Lumpur vs T-Team

10 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Kedah vs Sabah | Perak vs Johor
KUMP B -> Terengganu vs PKNS | N.Sembilan vs Sime Darby
KUMP C -> Kelantan vs Felda Utd | Johor FC vs Sarawak
KUMP D -> Selangor vs K.Lumpur | T-Team vs PDRM

13 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Perak vs Kedah | Johor vs Sabah
KUMP B -> N.Sembilan vs Terengganu | Sime Darby vs PKNS
KUMP C -> Johor FC vs Kelantan | Sarawak vs Felda Utd
KUMP D -> T-Team vs Selangor | PDRM vs K.Lumpur

17 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Kedah vs Johor | Perak vs Sabah
KUMP B -> Terengganu vs Sime Darby | N.Sembilan vs PKNS
KUMP C -> Kelantan vs Sarawak | Johor FC vs Felda
KUMP D -> Selangor vs PDRM | T-Team vs K.Lumpur

24 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Sabah vs Kedah | Johor vs Perak
KUMP B -> PKNS vs Terengganu | Sime Darby vs N.Sembilan
KUMP C -> Felda Utd vs Kelantan | Sarawak vs Johor FC
KUMP D -> K.Lumpur vs Selangor | PDRM vs T-Team

27 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Kedah vs Perak | Sabah vs Johor
KUMP B -> Terengganu vs N.Sembilan | PKNS vs Sime Darby
KUMP C -> Kelantan vs Johor FC | Felda Utd vs Sarawak
KUMP D -> Selangor vs T-Team | K.Lumpur vs PDRM

*Perlawanan dipinda jika ada pertembungan venue*

SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA (4 OKTOBER 2011 & 8 OKTOBER 2011)
1 - D2 vs A1, A1 vs D2
2 - C2 vs B1, B1 vs C2
3 - B2 vs C1, C1 vs B2
4 - A2 vs D1, D1 vs A2

SEPARUH AKHIR (14 OKTOBER 2011 & 22 OKTOBER 2011)
5 - Pemenang 1 vs Pemenang 3, Pemenang 3 vs Pemenang 1
6 - Pemenang 2 vs Pemenang 4, Pemenang 4 vs Pemenang 2

PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA (29 OKTOBER 2011)
Pemenang 5 vs Pemenang 6

Saturday 6 August 2011

UNDIAN PIALA MALAYSIA 2011

Undian yang berlansung di stadium nasional bukit jalil dihadiri oleh menteri belia dan sukan iaitu Dato’ Ahmad Shabery Cheek serta jurulatih dan wakil setiap pasukan yang bertanding..Piala Malaysia yang bakal berlangsung pada 6/9/2011 bakal menampilkan susunan kumpulan seperti :-
                                                       
                                                                        Kumpulan A
                                                                        - Kedah
                                                                        - Perak
                                                                        - Sabah
                                                                        - Johor FA
                                        Kumpulan B
                                        - Terengganu
                                        - Negeri Sembilan
                                        - PKNS
                                        - Sime Darby
                                                                                                       Kumpulan C
                                                                                                       - Kelantan
                                                                                                       - Johor FC
                                                                                                       - Kuala Lumpur Felda United
                                                                                                       - Sarawak
                                                          Kumpulan D
                                                          - Selangor
                                                          - T- Team
                                                          - Kuala Lumpur
                                                          - PDRM


Susunan pasukan sebelum diundi
UNDIAN PIALA MALAYSIA 2011
BALANG 1 KELANTAN,TERENGGANU,SELANGOR,KEDAH
BALANG 2 PERAK,JOHOR FC,NEGERI SEMBILAN,T-TEAM
BALANG 3 SABAH,FELDA UNITED,KUALA LUMPUR,PKNS FC
BALANG 4 SARAWAK,PDRM,JOHOR,SIMA DARBY

Sunday 31 July 2011

PENCAPAIAN COACH K.RAJAGOBAL

                                                                   DATO K. RAJAGOPAL

Rajagopal a/l Krishnasamy adalah ketua jurulatih pasukan bola sepak bawah 23 tahun kebangsaan Malaysia dan pasukan utama Malaysia. Rajagopal merupakan bekas pemain kebangsaan Malaysia pada era 80-an dan pernah melatih pasukan remaja Malaysia selain Selangor danKelantan.[1]
Rajagopal dilantik selaku jurulatih pasukan bawah 23 Malaysia pada 11 April 2009.[2] Sembilan hari selepas dilantik sebagai jurulatih bawah 23 tahun kebangsaan, Rajagopal dilantik sebagai jurulatih pasukan utama kebangsaan menggantikan B. Sathianathan yang dipecat pada awalFebruari.[3]
Pada Sukan Asia Tenggara 2009 di Vientiane, Laos, beliau berjaya membawa pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia mendapatkan kembali pingat emas selepas kemarau selama 20 tahun.
REKOD
Pasukan-Selangor Liga Malaysia.Liga Perdana I-2000 - Juara
Malaysia B-20 Asia - Kejohanan Belia Asia
2004 - Suku Akhir
2006 - Pusingan 1
ASEAN
Kejohanan Remaja ASEAN
2005 - Naib Juara
2006 - Naib Juara
2007 - Naib Juara

Wednesday 27 July 2011

INFO STADIUM NASIONAL BULIT JALIL

Stadium keramat kita.

Stadium Nasional Bukit Jalil,Kuala Lumpur
Mula dibuka:-1998

Berukuran 76,000 meter persegi. Berbentuk mangkuk dengan tiga tahap tempat duduk penonton. Stadium pelbagai guna untuk pertandingan olahraga, perlawanan bolasepak, upacara pembukaan dan peristiwa bersejarah.

Stadium ini dilengkapi dengan kemudahan berikut:-

padang 68m x 105m
9 lorong 400m trek sintetik
9m x 400m trek sintetik
6m x 60m trek pemanas badan
Kapasiti 100,000 tempat duduk penonton dengan 200 ruang untuk orang kurang upaya.
Kemudahan lain:- Pusat media dengan pejabat berita, studio penyiaran dan bilik peralatan teknikal. Lampu limpah berkuasa 1,500 flux. Papan markah berwarna di bahagian utara dan selatan. Satu untuk informasi tentang acara dan pertandingan manakala satu lagi untuk paparan video.

Dilengkapi dengan bilik persalinan, bilik mandi, bilik sauna.

Sunday 24 July 2011

PERKEMASKAN BENTENG KITA


SINGAPURA - Jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal mahu benteng pertahanan tidak mengulangi lagi kesilapan-kesilapan mudah sehingga dibolosi lima gol malam kelmarin.
Meskipun tewas 3-5 kepada Singapura pada aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar, di sini malam kelmarin, Rajagobal tetap yakin Malaysia akan mara ke pusingan ketiga.

"Kita beri Singapura gol-gol mudah hasil kesilapan sendiri. Kita tak boleh buat begini lagi pada aksi kedua nanti. Kita perlu bangkit untuk menang sekurang-kurangnya dua gol.

"Tapi kita perlu sentiasa positif. Dalam tiga atau empat hari ini, saya akan fikir sesuatu untuk aksi kedua nanti dan tetap yakin kita akan layak," kata Rajagobal pada sidang media selepas perlawanan malam kelmarin.
Kelonggaran benteng pertahanan gandingan Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Mahali Jasuli dan Asraruddin Putra Omar menyebabkan gawang Sharbinee Allawee Ramli bolos empat kali pada babak pertama dan satu lagi pada babak kedua.

Khidmat Aidil Zafuan Radzak yang diketepikan akibat kecederaan buku lali pasti ditagih pada aksi kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis ini sambil 'tangan emas' Khairul Fahmi Che Mat mungkin kembali menjadi harapan.

Namun Rajagobal perlu mencari pengganti sesuai apabila kapten, Safiq Rahim tidak dapat beraksi akibat kad merah diterimanya pada minit ke-49 selepas melakukan terjahan keras terhadap Harris Harun.

"Safiq seorang pemain tengah yang cukup berpengaruh. Ketiadaannya memaksa saya mencari pengganti sesuai. Saya perlu positif, yakin dan percaya dengan pemain lain yang ada," ujar Rajagobal.
Berkemungkinan Ismail Faruqi Ashari yang diletakkan sebagai penyerang kedua di belakang Safee Sali akan mengisi tempat Safiq untuk bergandingan dengan Amar Rohidan di bahagian tengah.
Atau Rajagobal mungkin meletakkan Baddrol Bakhtiar memandangkan dua lagi pemain yang ada, Shakir Shaari dan K. Gurusamy lebih berperanan sebagai pemain tengah bertahan seperti Amar.

"Saya tagih kehadiran 90,000 penyokong Malaysia kerana ia bakal memberi motivasi dan semangat kepada pemain kita di Bukit Jalil nanti. Kita kena yakin bahawa kita mampu menang di laman sendiri," tegas Rajagobal.

petikan dari  KOSMO

BOLEH BELI TICKET MALAYSIA VS SINGAPORE

Msia vs spore 28july di snbj:
RM50 (tempat duduk utama), RM30 (tempat duduk terbuka) dan RM5 bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

26 Julai hingga 27 Julai dari jam 9 pagi hingga 7 malam
->Stadium MBPJ, Petaling Jaya. Di sebelah Pintu Utama.
->Stadium Shah Alam. Di Pintu A.
->Stadium Nasional, Bukit Jalil. Di Pintu Kuning.

28 Julai 2011 dari jam 9.00 pagi hingga waktu rehat perlawanan.
->Stadium Nasional, Bukit Jalil. Di Pintu Kuning

Penjualan tiket di Stadium Nasional, Bukit Jalil adalah seperti berikut:-
->26 dan 27 Julai – 9 pagi hingga 7 malam.
->28 Julai - 9 pagi hingga waktu rehat perlawanan

SENARAI PEMAIN MALAYSIA VS SINGAPORE


PENJAGA GOL

Khairul Fahmi
Mohd Sarbinee alawee
Mohd Nashril Nordin

PERTAHANAN

Mahali Jazuli
Muslim Ahmad
Mohd Asarudin Putra Omar
Mohd Fadli Mohd Shaz
Aidil Zaqwan
Helmie Ramli
Mohd Azmi Muslim
Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid

TENGAH

Shafiq Rahim
Shakir Sharani
Ahmad Sahari Samsudin
Abdul Hadi Yahya
Mohd Amirul Hardi Zainal
Badrul Baktiar
S.Kunalan
K.Gurusamy


PENYERANG



Mohd Safee Salee
Mohd Hardi Yahya
Izzaq Faris Ramlan
Mohd Asahari Samsuddin

Saturday 23 July 2011

                                                  safe salee merapatkan jurang jaringan
 
Pada aksi malam tadi, anak- anak buah Datuk K. Rajagobal ter- nyata gagal beraksi pada tahap sebenar meskipun diiringi sokongan 1,500 penyokong Malaysia yang menyeberangi Tambak Johor.
Biarpun mendahului seawal 25 saat permainan bermula menerusi penyudah kemas Safee Sali, Singa- pura pantas menyamakan kedudukan menerusi Aleksandar Duric pada minit ketujuh. Singapura terus menghukum kelonggaran benteng pertahanan Malaysia dengan menambah tiga lagi gol hasil sepakan percuma Qiu Li (21), Mustafic Fahrudin (43) dan Shi Jiayi pada minit ke-45. Ketinggalan 1-4, Malaysia memulakan babak kedua dengan langkah kiri apabila kapten, Safiq Rahim dilayangkan kad merah pada minit ke-49.
Mujur pemain bek kanan Singa- pura, Ismail Yunos turut dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning kedua pada minit ke-53. Kesempatan beraksi 10 lawan 10 kembali digunakan Malaysia untuk memperoleh gol kedua hasil jaringan penyerang gantian, Abdul Hadi Yahaya pada minit ke-68 dan gol ketiga menerusi Safee seminit kemudian. Namun harapan melihat Malaysia bangkit menyamakan kedudukan 4-4 tidak kesampaian apabila Duric meledak gol kelima Singapura pada minit ke-80. Malaysia kini perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 pada aksi kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis ini seandainya mahu layak ke pusingan ketiga.

KETUA pasukan Malaysia, Safiq Rahim (kanan) dan Ketua pasukan Singapura, Shahril Ishak.


Safiq, Shahril galas misi berat

SELEPAS hampir empat tahun tidak bertembung dalam pentas rasmi bola sepak, sifat seteru antara Malaysia dan Singapura kembali lagi menghangatkan suasana.
Malam ini, barisan Harimau Malaya diketuai Safiq Rahim dan Shahril Ishak (kiri) akan turun berarak membimbing rakan pasukan masing-masing masuk ke Stadium Jalan Besar dengan misi sama - menang dan membawa modal selesa bagi perlawanan kedua, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia zon Asia di Kuala Lumpur pada 28 Julai ini.


Tidak dinafikan kedua-dua kapten berkenaan harus berperanan besar dalam perlawanan getir itu nanti yang membabitkan pertemuan dengan dua pasukan tetangga yang kaya dengan tradisi pertembungan sesama mereka. Dengan tiket sudah habis dijual, sorakan antara penyokong kedua-dua pihak yang sudah lama ‘tidak berperang’ akan kembali mencetus bahang saingan yang membabitkan ego tinggi masing-masing.

Harimau Malaya dengan prestasi terpuji kebelakangan ini memiliki segala ruang untuk menang dan apa yang pasti seluruh rakyat Malaysia akan mendoakan kejayaan pasukan kesayangan mereka untuk pulang bak wira dari gelanggang lawan.

Wednesday 20 July 2011

RAMALAN MALAYSIA AKAN MENANG KE ATAS SINGAPORE


Beberapa jurulatih bola sepak tempatan yakin pasukan kebangsaan mampu mengatasi Singapura pada pertembungan pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar di Singapura Sabtu ini.

Bekas jurulatih kebangsaan, B.Sathianathan, berkata Malaysia kini mempunyai reputasi tersendiri selaku juara Asean dan mampu menewaskan pasukan dari seberang tambak itu.

"Barisan pemain muda dalam pasukan Malaysia telah terbukti beraksi dengan cukup baik hingga mampu menjuarai Piala Suzuki (AFF) 2010. Reputasi sebagai juara itu sendiri sudah mampu menggerunkan Singapura.

"Saya membimbing Malaysia pada perlawanan persahabatan menentang Singapura pada November 2008 dan pada perlawanan itu kita seri 2-2. Jika dilihat dalam
pasukan Singapura sekarang, masih ada pemain yang sama dalam pasukan itu.

"Jadi tidak mustahil Harimau Malaya mampu menang pada pertemuan kali ini dengan barisan pemain dan jurulatih baru (Datuk K.Rajagobal)," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata pasukan Singapura sekarang tidak sama dengan pasukan yang menang kejohanan Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) 2007 dan percaya Rajagobal mempunyai ramuan untuk memenangi perlawanan Sabtu ini.


live at tv2 dan astro arena 801

Saturday 16 July 2011

jersey 8,dan 10 malaysia..

                      JERSEY NO 8 DAN 10 KINI MAKIN DIGILAI RAMAI
                                
Jaringan menerusi sepakan percuma kapten Safiq Rahim dan dua gol daripada Safee Sali jelas membuka mata Liverpool bahawa Malaysia juga mampu melahirkan pemain berkelas dunia.
Penolong jurulatih Liverpool, Steve Clark mengakui kehebatan kapten Malaysia itu dalam mele- dakkan gol pertama agak mengejutkannya.

Malah menurut Clarke lagi, kemasukan Safee pada 20 minit terakhir permainan berjaya menaikkan semangat pemain negara dengan ketajaman penyudah dan keghairahan memburu gol.
"Bagi saya jaringan pemain No. 8 (Safiq) menerusi sepakan percuma sangat cantik sekali."
 Malah dia juga banyak memainkan peranan dalam gerakan Malaysia.


Penyerang No.10 (Safee) pula bermain dengan hebat. Dua jaringannya serta keghairahannya memburu gol berjaya memberi tekanan kepada LIVERPOOL..walaupon dibelenggu kecederaan kegairahan untuk mencipta gol tetap membara..dan akhirnya beliau berjaya meledakkan 2 gol bagi merapatkan jurang perbezaan gol.

Ia satu perlawanan yang baik bagi mereka,dan saya rasa aksi keseluruhan pemain Malaysia agak bagus. Mereka bertahan dengan baik dan sangat kompetitif,kadang kala barisan malaysia kerap alpa tentang kemampuan lawannya yang kurang memberi fokos sepenuhnya semasa perlawanan.



Apa pun saya lihat permainan malaysia makin maju dan boleh dikatakan meningkat juga..Sehinggakan sudah ramai rakyat malaysia yang yakin tetang kebolehan mereka.akhirkata shabas dan jutaan taniah keatas Raja Gopal dan anak didiknya.

Thursday 14 July 2011




Kim Swee nyata mahu mengetepikan perasaan gusar dan gementar sebalikya menumpukan perhatian dalam memperkukuhkan corak permainan.
"Memang kami tahu, Jepun adalah pasukan terkuat Asia manakala Syria dan Bahrain juga banyak melibatkan diri dalam arena bola sepak antarabangsa. Pun begitu, ia tidak menjadi alasan untuk kami berasa gementar.
"Untuk menjadi pasukan yang hebat anda tidak boleh memilih pasukan lawan. Untuk itu, kami harus fokus dalam satu demi satu perlawanan. Apa yang pasti, bertemu Jepun adalah tugas paling mencabar," katanya ketika ditemubual.
Kim Swee juga menjelaskan pihaknya tidak akan membuat perubahan besar bagi menghadapi saingan itu, sebaliknya hanya akan memanggil beberapa pemain baru dari pasukan negeri.
"Kami akan membuat pemilihan pemain baru pada 11 Julai ini untuk memperkukuhkan jentera. Kami tidak akan membuat perubahan besar lebih-lebih lagi kerana kesuntukan masa," katanya.

Tuesday 12 July 2011

ARSENAL TOUR ASIA




 Rajagobal mahu Harimau Malaya turun dengan ‘hati besar’ hadapi Arsenal

“BERMAIN dengan strategi bertahan bukan formula terbaik menentang lawan hebat seperti Arsenal. Jadi, kami akan bermain secara menyerang dan menyerang,” kata jurulatih negara Datuk K Rajagobal menjelang pertemuan aksi persahabatan menentang kelab Liga Perdana Inggeris itu, malam esok.

Mengakui lebih meminati Manchester United dan menjadikan aksi persahabatan itu sebagai medan menguji pemain, Rajagobal mengharapkan pemain yang melangkah masuk ke Stadium Nasional, Bukit Jalil nanti turun dengan ‘berhati besar’ dan tidak gentar dengan reputasi lawan itu.
“Saya dan pemain tidak sabar menanti perlawanan ini kerana ia medan terbaik mereka memperagakan aksi masing-masing kerana saya menjadikan perlawanan menentang Arsenal dan Liverpool (Sabtu) sebagai medan menilai keupayaan menjelang tugasan lebih penting menentang Singapura dalam pusingan kelayakan Piala Dunia,” katanya dalam sidang media bersama pengurus Gunners, Arsene Wenger di Subang, semalam."PETIKAN DARI BERITA HARIAN"

Saturday 9 July 2011

                       JOM KITA KENALI PENJAGA GOAL NO 1 MALAYSIA

Nama : Khairul Fahmi Che Mat
Tarikh Lahir : 7 January 1989 in
Tempat Lahir : Kota Bharu, Kelantan
Bermain utk : Kelantan, Malaysia
Tinggi : 1.70 m (5 ft 7 in)
Posisi : Goalkeeper

Thursday 7 July 2011

Kami tidak malu lagi pakai jersi MALAYSA

TANIAH dah syabas tidak terhingga saya ucapkan kepada skuad bola sepak negara dimana mereka telah berjaya melayakan diri ke peringkat seterusnya,sekaligus berjaya membuka mata segelintir rakyat malaysia dan dunia tentang team pasukan kita yakni harimau malaya.

Sebut saja pasal bola sepak di asia siapa yang tak kenal malaysia,tapi itu dulu dizaman era moktardahari da rakan rakannya.selepas zaman itu sedikit demi sedikit pasukan bola kita mula dilupai lawan.malaysia bagai hilang punca kekalahan demi kekalahan cemuhan demi cemuhan dilemparkan , rintihan demi rintihan  terpaksa  dilalui .

Akibat menangung kekalahan demi kekalahan satu persatu peminat bola sepak malaysia hilang kepercayaan pada pasukan harimau malaya,hingga kan ada yang malu bila pakai baju harimau malaya dan yamg lebih hebat ada yang takut diejek oleh kawan kawan kerana memakai baju harimau malaya.akhirnya kini bolasepak malaysia sepi begitu saja ,stadium kosong.dan terbiar.

Namun itu semua tidak dapat mematahkan semangat  barisan majlis tertinggi bolasepak negara FAM untuk melihat sukan bola sepak negara kembali menyinar..banyak perancangan diatur dan dikaji bagi mempersiapkan dan memperkukuhkan barisan baru pasukan harimau malaya supaya digeruni dan dikenali semula.banyak modal terpaksa dilabor bagi memperkuatkan pasukan jentera muda harimau malaya ini.hinggakan ada yang tidak yakin tentang pasukan muda malaysia ketika itu.

Kini mereka sudah berjaya membuktikan sesuatu bahawa pasukan kita sudah kembali,harimau  yang dulunya tiada taring kini sudah menampakkan taringnya.stadium yang dulunya terbiar dan kosong kini mula dipenuhi dengan peminatnya semula.bagai tidak percaya apabila mereka memenagi Piala suzuki aff baru baru ini dan disusuli dengan kejayaan mara ke pusingan kedua kelayakan piala dunia.

Akhirnya kini kita dapat melihat sendiri bagaimana sambutan yang diberikan ,lihat kebangkitan pasukan terbaru  kita ini sudah mula dikenali dan digerunni lawan dan kini AKU TIDAK LAGI MALU PAKAI BAJU JERSI MALAYSIA..lagi..go harimau malaya.

Wednesday 6 July 2011

NORSHRUL IDLAN DAN KASUT EMAS

                                   PERMAIN BERBISA KELANTAN


SHAHRUL IDLAN TALHAH atau lebih dikenali dikalangan rakan rakan (MAT YO) kini sedang berebut tempat dengan pemain terengganu untuk ditabal selaku pemenang kasut emas.Pemain yang berkelahiran terengganu ini dikenali ramai,sejak beliau berjaya membawa pasukan kelantan ke final piala fa menentang terengganu yg mana terenganu menang 2-1di stadium nasional bukit jalil tempohari.

Dengan aksi licik beliau semasa merobek pintu gol lawan menyebabkan beliau sentiasa digeruni lawan dan sekaligus berjaya menabat hati ketua jurulatih negara krajagopal,dengan aksi individu yang tinngi k.rajagopal  yakin tentang kelebihan yang ada padanya dan sekaligus meletakkan beliau di barisan hadapan negara untuk merobek gawang gol lawan..

Jadi tidak hairanla jika beliau akan ditabal pemenag kasut emas selaku penjaring terbanyak liga super jika pemain terengganu tidak menjaringkan apa-apaa gol malam ini.Ini diakui sendiri oleh jurulatih kelantan M.karathu"senjata utama shahrul adalah aksi ketajaman dan kelicikkan beliau semasa membawa bola dan merobek barisan pertahanan lawan dan sekaligus pandai mengambil peluang untuk menjaringkan gol"..

Malam ini beliau berjaya membawa pasukan kelantan memenangi piala liga super buat kali pertama sejak ia dipertandingkan..Jadi shabas dan tahniah saya ucapkan kepada shrul dan para pemain bolasepak kelantan yang lain..Akhirkata majulah sukan untuk kita semua..

Tuesday 5 July 2011

Kelantan Bakal Bergekar Juara liga super "11"

Bantu pasukan julang Liga Super

"SAYA buru kedua-duanya - kejuaraan Liga Super dan kasut emas!", itulah tekad penyerang sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (atas) menjelang pertemuan penting Liga Super menentang Sabah di Stadium Likas, malam ini.

Selain mahu membantu Kelantan melakar sejarah mencatat nama selaku pasukan keenam menjuarai saingan liga berprestij yang diperkenalkan sejak lapan tahun lalu, Norshahrul atau lebih dikenali di kalangan peminat Kijang dengan panggilan ‘Mat Yo’ dan baru pulang daripada tugasan bersama skuad negara di Taiwan turut bersaing memburu kasut emas.

Penyerang itu kini mendahului senarai sebagai penyerang berbisa Liga Super dengan mengumpul 16 gol berbanding penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahya yang ketinggalan satu gol.

“Jika saya menang kedua-duanya (Liga Super dan kasut emas) malam esok (malam ini), ia adalah ubat paling mujarab untuk mengubati kekecewaan tewas pada final Piala FA lalu. Saya yakin rakan sepasukan juga mengerti betapa penting perlawanan malam esok (malam ini) bagi menebus kekecewaan tewas kepada Terengganu di Bukit Jalil,” katanya.

Dia yang tidak beraksi ketika Kelantan sekadar seri 0-0 dalam pertemuan menentang Sabah di Kota Bharu, berkata sebenarnya pasukannya berpeluang menang ketika perlawanan itu, tetapi beberapa deretan peluang gagal diterjemahkan ke dalam gawang.

“Walaupun kami hanya memerlukan seri untuk mengesahkan kejuaraan, tetapi kami datang ke sini untuk menang. Jadi, apa yang penting adalah memburu gol awal. Jika ini dapat dilakukan, kami akan lebih yakin sekali gus mengurangkan tekanan tinggi yang disandarkan peminat kepada kami,” katanya.(petikan dari berita harian)

"KELANTAN" dijangka memenangi piala liga super 2011



Kini demam bola sepak melanda negara,,kemana sahaja kita pergi pasti ada yang bercerita tentang sukan kesukaan negara .Habis sudah 1satu episode berlalu bila malaysia berjaya melangkahkan kaki ke pusingan kedua kelayakan pial dunia pada minggu lalu,walaupon dengan hanya menang agregat 4-4 keatas lawan taiwan..Bagi saya sudah memadai la, asalkan menag saja..

Dan pada hari rabu ini 6 julai 2011 akan berlangsung perlawanan yang melibatkan liga tempatan dimana tiga negeri yang berkedudukan teratas liga akan berebut tempat untuk memenangi piala liga super..Namun dikatakan Kelantan dijangka memenagi piala liga super tahun  ini kerana memiliki ramai pemain yang diklifisikasi permain yang terhebat di malaysia antaranya norshrul,daudsu jamaludin,khalid jamlus,khairul fahmi chanturu dan sebagainya..

Kelantan yang dikatakan mahu mencipta sejarah memenangi piala itu buat kali pertama,dan sekaligus mebawa pulang piala itu ke kelantan mungkin jadi kenyataan kerana komitmen yang ditunjukkan oleh  para pemain memang di tahap yang boleh dibanggakan dan dapat kita saksikan dari perlawanan perlawanan sebelum ini.

Dengan iringan the red warrior yang akan merentasi laut cina selatan diharapkan dapat meberi semangat kepada pemain yang akan menentang sabah di stadium likas rabu ini...pertemua diantara kelantan dan sabah juga akan disiarkan secara live di astro arena 801

Sunday 3 July 2011

Mana Satu Pilihan Anda???

                                        fahmi                     sarbinee 


Fahmi atau Sarbinee????

Mana satu pilihan anda untuk perlawanan menentang singapore pada 23 julai 2011 di stadium republic singapore....bagi saya lebih kepada memilih khairul fahmi kerana ketangkasan dan keyakinan yang tinggi sesama menghadapi pelbagai pertandingan yang diadakan di peringkat antarabangsa.

manakala bagi sarbenee pulak ketangkasannya semasa menidakkan tendangan penalti di taiwan membuatkan ramai yang buka mata dah mula yakin padanya...adakah K.rajagopal memilih sarbinee lagi pada perlawanan akan datang....

sesama kita lihat nantii............

Pemain Terbaik Malam Ini



Nama:      S.Kunalan

Umur:      September 15, 1986 (age 24)     

T/Lahir:   Selangor

Tinggi  :   1.65 m 

Pemain:    Defender,Midfielder


Pemain yang tak pernah jemu mengejar bola disetiap penjuru padang menyebabkan saya memilih beliau sebagai pemain terbaik negara buat malam ini,tahkala pemain pemain lain sudah kehabisan tenaga beliau masih lagi mengejar bola disana sini setiap penjuru padang......

Dan keputusan perlawanan mlm ini bertarikh 3.julai 2011 adalah Taiwan(3)Malaysia(2),dan keputusan agregat( 4 - 4 )  sudah cukup memadai untuk malaysia melangkah ke kancah pusingan kedua kelayakan  piala dunia 2014 menentang negara jiran kita, iaitu singapura

Pada perlawanan pertama, pusingan kedua kelayakan piala dunia 2014 pada 23.julai.2011 (sabtu)di singapura manakala pada 28.julai.2011(khamis) bermain di malaysia..

Diharapkan kepada semua penyokong - penyokong bolasepak malaysia dapat hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan yang dijangka sengit,memandangkan malaysia sudah lama meiginkan sesuatu pencapayan terbaik di peringkat dunia,insyakallah....

Saturday 2 July 2011

Wira Bolasepak Negara akan berada Di Lagenda 17


Sebagai memeriahkan suasana, dan memberi sokongan kepada skuad bolasepak kebangsaan yang akan menentang Taiwan pada aksi kedua Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014, barisan bekas wira bolasepak kebangsaan akan berkumpul di Restoran Lagenda 17 (Shah Alam) milik Zainal Abidin Hassan, 3 Julai ini.

Kepada kome kome semua diharapkan dapat hadir untu memeriahkan lagi suasana perlawanan malaysia menentang taiwan di lagenda17 shah alam milik zainal abidin hassan ..bagi yang berada di lain negeri boleh memilih mana mana kedai mamak yang berhampiran bagi menyaksikan perlawanan tersebut secara live di rtm1 dan astri arena..

Friday 1 July 2011

Norshahrul Pasti Dituntut Oleh K.RAJAGOPAL

NORSHAHRUL (dua dari kiri) pasti dituntut Rajagobal untuk perlawanan timbal balik di Taiwan esok jika keadaan terdesak.

‘Kemenangan tipis Rabu lalu bukan menerusi kesebelasan terkuat negara'

KEMENANGAN tipis 2-1 ke atas Taiwan dicatat skuad kebangsaan dalam saingan kelayakan Piala Dunia, Rabu lalu sesungguhnya bukan menerusi kesebelasan terkuat, sebaliknya masih ada senjata ampuh disimpan oleh pengendalinya, Datuk K Rajagobal.
Ketika percaturan ketua jurulatih itu menurunkan skuad berbeza berbanding skuad juara Piala AFF Suzuki dipersoalkan, dia sebenarnya sekadar mahu menguji beberapa muka baru yang diserapkan dalam pasukan kebangsaan.
“Kita perlu menilai pemain dari semasa ke masa dan saya pasti untuk perlawanan seterusnya mereka akan bertambah matang,” kata Rajagobal.

“Kemenangan ini seharusnya dilihat dari sudut positif dan saya yakin jika pemain mengekalkan tumpuan pada perlawanan kedua nanti, kita akan melangkah ke pusingan seterusnya.”

Malaysia akan menentang Taiwan dalam perlawanan kedua, pusingan pertama di Stadium Taipei, esok dengan pemenang akan menentang Singapura pada pusingan berikut. 

Menurut sumber daripada taiwan kira kira 45,000 penonton akan membanjiri stadium mereka..pasti sesuatu akan berlaku di luar jangkaan kita,di harapkan pasukan kita dapat memberi tentangan hebat.
Kami sentiasa menyokong anda semua wahai wira negara hehehhehehe

PERANG PSIKOLOGI


Jurulatih Singapura pilih Malaysia menang esok

BELUM pun perlawanan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Taiwan bermula, jurulatih Singapura,
Radjoko Avramovic sudah memulakan perang psikologi dengan Datuk K Rajagobal.
Pengendali berkenaan berkata dia memilih Harimau Malaya untuk menang di Taipei, esok sebelum menentang pasukannya dalam pusingan kedua pada 23 dan 28 Julai ini yang akan berakhir dengan kemenangan kepada pasukan negara republik itu.
“Saya tidak terkejut jika Malaysia dapat menewaskan Taiwan,” kata Avramovic kepada MediaCorp. “Pada perlawanan pertama, Malaysia mengesahkan apa yang saya ketahui tentang mereka daripada saingan Piala AFF Suzuki.

“Walaupun Taiwan mengejutkan saya dengan kawalan bola baik dan berpeluang mendahului tuan rumah, saya yakin Malaysia mampu melepasi halangan di Taipei.

“Saya sudah melihat apa yang saya jangkakan daripada Malaysia, baik pemain mahu pun corak permainannya. Tapi apabila menentang Malaysia saya yakin Singapura akan menang.”

Singapura diberi pelepasan pusingan pertama berdasarkan kemaraan ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2010, di mana mereka tersingkir di peringkat kumpulan selepas menduduki tangga ketiga di belakang Arab Saudi dan Uzbekistan.
Menurut Avramovic yang berada di Bukit Jalil Rabu lalu, corak permainan Malaysia tidak banyak beza berbanding Disember tahun lalu ketika menjuarai Piala AFF Suzuki.

“Masalah utama mereka (Malaysia) mungkin kecederaan,” kata jurulatih asal Serbia itu yang dikenali dengan panggilan Raddy oleh peminat bola sepak Singapura.

Dia merujuk soal kecederaan itu kepada Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha yang baru pulih.

“Ada di antara pemain mereka tidak cergas sepenuhnya dan mungkin akan mendatangkan masalah, tetapi di bahagian pertahanan, mereka cukup kental. Pemain lain seperti S Kunanlan dan Baddrol Bakhtiar juga amat berbahaya.

“Tetapi saya yakin kami boleh menewaskan mereka, malah kami boleh menewaskan mana-mana pasukan jika bermain dengan baik. Persoalannya, sebaik mana kami membuat persiapan (untuk pertemuan itu).”

Thursday 30 June 2011

Arsenal,Liverpol and Chelsea To Asia Tour


MALAYSIA VS ARSENAL FC

13 Julai 2011 di Stadium National Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia. Tiket menentang Malaysia berharga RM58, RM68, RM108 dan RM388 


MALAYSIA VS LIVERPOOL FC

16 Julai 2011 di Stadium National Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia. Tiket menentang Malaysia berharga RM58, RM68, RM108 dan RM388
 

MALAYSIA VS CHELSEA FC

21 Julai 2011 di Stadium National Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia. Tiket menentang Malaysia berharga RM58, RM68, RM108 dan RM388



Saya berharap kepada semua penyokong harimau malaya dapat memenuhi stadium bagi memberi semangat kepada pasukan bola sepak negara..

Keputusan Perlawanan Malaysia vs Taiwan Di Bukit Jalil


   
Perlawanan Kelayakkan Piala Dunia 2014 (ASIA)

Keputusan Perlawanan Malaysia vs Taiwan Di Malaysia

MALAYSIA  2 - 1  TAIWAN  
Rabu: 29 Jun 2011
Stadium National Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 


TAIWAN VS MALAYSIA (pusingan kedua)
Ahad:3 Julai 2011
Taipei Kaohsiung Stadium, 
Chinese Taipei. 


Perlawanan bermula pada pukul 7:00pm waktu Malaysia
Siaran langsung di RTM TV1 & Astro Arena 801   

Tuesday 28 June 2011




Malam ini perlawanan diantara Malaysia dan taiwan bakal berlangsung di Stadium nasional bukit jalil malaysia... Adakah Pasukan Harimau Malaya ini bakal mencipta sejarah seperti yang berlaku di di zaman dotok datok mereka..
 

Aku harap Pasukan Harimau Malaysia tidak sesekali gentar dengan gelagat pemain atau penyeran pasaukan lawan atau pun dengan penyokong kita sendiri yang akan hadir pada perlawanan malam ini .

Aku yakin, Pasukan Harimau Malaya mampu menunjukkan belang dan kuku yang sudah lama disimpan... Malaysia pasti akan mempertahankan kemenangan yang diperolehi di Bukit Jalil tempoh hari. Aku yakin Malaysia Boleh!!

Apapun bagi penyokong pasukan Malaysia yang sudah berada di Stadium nasional bulit jalil aku ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi turun ke kuala lumpur semata-mata mahu memastikan kemenangan berpihak kepada Malaysia,sehingakan ada yang sanggup ambil cuti... 


Bagi yang tak turun, ayuh kita berkumpul di hadapan kaca tv dan kita penuhkan kedai-kedai mamak dan warung-warung tepi simpang yang menyiarkan siaran langsung yang bakal dibawakan olehastro 801 malam ini...kepada incasku rooney dan rakan2ku hafiq,herman,dan zam jum blik awal dan buat persediaan awal bagi menonton siaran,malamni.



Jadual Perlawanan Skuad Bolasepak Malaysia/Harimau Malaya Sepanjang Tahun 2011


Salam sejahtera...

2010 akan meninggalkan kenangan manis buat peminat-peminat setia pasukan bola sepak negara.

Kejayaan memenangi Piala Suzuki AFF edisi 2010 yang pertama kali memang memberi nafas dan era baru bola sepak untuk terus maju.

Begitu juga dengan kejayaan memenangi pingat emas di Sukan Sea Laos November lalu juga membanggakan kita semua...

2011 bakal menjanjikan pelbagai lagi perlawanan-perlawanan yang menarik buat skuad Harimau Malaya.Yang paling menarik ialah kelayakan ke Olimpik dan perlawanan dengan Chelsea.

Berikut adalah Jadual Perlawanan Skuad Bolasepak Malaysia/Harimau Malaya Sepanjang Tahun 2011

Febuari
Perlawanan Persahabatan  lawan Hong Kong

23 Febuari
Kelayakan Olimpik lawan Pakistan di Bukit Jalil

9 Mac
Kelayakan Olimpik lawan Pakistan di Pakistan

Jun
Kelayakan Piala Dunia

Julai
Lawan Chelsea (dalam perancangan)

November
Sukan Sea

*perlawanan akan diupdate sekiranya ada perubahan

semoga kejayaan di Sukan Sea dan Piala Suzuki menyuntik semangat untuk terus terusan menang.

 

Malaysia bakal menentang Taiwan apabila diundi bertemu dengan Taiwan untuk pusingan pertama 
kelayakan Piala Dunia 2014. Malaysia juga dikatakan mampu melangkah ke pusingan kedua dalam 
perlawanan itu nanti.

Perlawananan bola sepak antara Malaysia dan Taiwan akan bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil
pada 29 Jun manakala perlawanan balik bertempat dinegara Taiwan pada 3 Julai 2011.
Sekiranya memenangi perlawanan itu ,Malaysia juga akan maju selangkah untuk menentang
Singapura pada pusingan kedua dengan perlawanan pertama pada 23 Julai 2011.
Ranking terkini bola sepak negara,Malaysia adalah 138 dunia manakala Taiwan menduduki ditangga
ke 147.Ini memberikan Malaysia semangat untuk menjuarai perlawanan tersebut Malaysia VS Taiwan.


Tags: malaysia vs taiwan,jadual perlawanan piala dunia 2014,keputusan piala dunia 2014,malaysia
bertemu taiwan,bola sepak malaysia

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More