Thursday 7 July 2011

Kami tidak malu lagi pakai jersi MALAYSA

TANIAH dah syabas tidak terhingga saya ucapkan kepada skuad bola sepak negara dimana mereka telah berjaya melayakan diri ke peringkat seterusnya,sekaligus berjaya membuka mata segelintir rakyat malaysia dan dunia tentang team pasukan kita yakni harimau malaya.

Sebut saja pasal bola sepak di asia siapa yang tak kenal malaysia,tapi itu dulu dizaman era moktardahari da rakan rakannya.selepas zaman itu sedikit demi sedikit pasukan bola kita mula dilupai lawan.malaysia bagai hilang punca kekalahan demi kekalahan cemuhan demi cemuhan dilemparkan , rintihan demi rintihan  terpaksa  dilalui .

Akibat menangung kekalahan demi kekalahan satu persatu peminat bola sepak malaysia hilang kepercayaan pada pasukan harimau malaya,hingga kan ada yang malu bila pakai baju harimau malaya dan yamg lebih hebat ada yang takut diejek oleh kawan kawan kerana memakai baju harimau malaya.akhirnya kini bolasepak malaysia sepi begitu saja ,stadium kosong.dan terbiar.

Namun itu semua tidak dapat mematahkan semangat  barisan majlis tertinggi bolasepak negara FAM untuk melihat sukan bola sepak negara kembali menyinar..banyak perancangan diatur dan dikaji bagi mempersiapkan dan memperkukuhkan barisan baru pasukan harimau malaya supaya digeruni dan dikenali semula.banyak modal terpaksa dilabor bagi memperkuatkan pasukan jentera muda harimau malaya ini.hinggakan ada yang tidak yakin tentang pasukan muda malaysia ketika itu.

Kini mereka sudah berjaya membuktikan sesuatu bahawa pasukan kita sudah kembali,harimau  yang dulunya tiada taring kini sudah menampakkan taringnya.stadium yang dulunya terbiar dan kosong kini mula dipenuhi dengan peminatnya semula.bagai tidak percaya apabila mereka memenagi Piala suzuki aff baru baru ini dan disusuli dengan kejayaan mara ke pusingan kedua kelayakan piala dunia.

Akhirnya kini kita dapat melihat sendiri bagaimana sambutan yang diberikan ,lihat kebangkitan pasukan terbaru  kita ini sudah mula dikenali dan digerunni lawan dan kini AKU TIDAK LAGI MALU PAKAI BAJU JERSI MALAYSIA..lagi..go harimau malaya.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More