Saturday 23 July 2011

                                                  safe salee merapatkan jurang jaringan
 
Pada aksi malam tadi, anak- anak buah Datuk K. Rajagobal ter- nyata gagal beraksi pada tahap sebenar meskipun diiringi sokongan 1,500 penyokong Malaysia yang menyeberangi Tambak Johor.
Biarpun mendahului seawal 25 saat permainan bermula menerusi penyudah kemas Safee Sali, Singa- pura pantas menyamakan kedudukan menerusi Aleksandar Duric pada minit ketujuh. Singapura terus menghukum kelonggaran benteng pertahanan Malaysia dengan menambah tiga lagi gol hasil sepakan percuma Qiu Li (21), Mustafic Fahrudin (43) dan Shi Jiayi pada minit ke-45. Ketinggalan 1-4, Malaysia memulakan babak kedua dengan langkah kiri apabila kapten, Safiq Rahim dilayangkan kad merah pada minit ke-49.
Mujur pemain bek kanan Singa- pura, Ismail Yunos turut dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning kedua pada minit ke-53. Kesempatan beraksi 10 lawan 10 kembali digunakan Malaysia untuk memperoleh gol kedua hasil jaringan penyerang gantian, Abdul Hadi Yahaya pada minit ke-68 dan gol ketiga menerusi Safee seminit kemudian. Namun harapan melihat Malaysia bangkit menyamakan kedudukan 4-4 tidak kesampaian apabila Duric meledak gol kelima Singapura pada minit ke-80. Malaysia kini perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 pada aksi kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis ini seandainya mahu layak ke pusingan ketiga.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More