Thursday 14 July 2011




Kim Swee nyata mahu mengetepikan perasaan gusar dan gementar sebalikya menumpukan perhatian dalam memperkukuhkan corak permainan.
"Memang kami tahu, Jepun adalah pasukan terkuat Asia manakala Syria dan Bahrain juga banyak melibatkan diri dalam arena bola sepak antarabangsa. Pun begitu, ia tidak menjadi alasan untuk kami berasa gementar.
"Untuk menjadi pasukan yang hebat anda tidak boleh memilih pasukan lawan. Untuk itu, kami harus fokus dalam satu demi satu perlawanan. Apa yang pasti, bertemu Jepun adalah tugas paling mencabar," katanya ketika ditemubual.
Kim Swee juga menjelaskan pihaknya tidak akan membuat perubahan besar bagi menghadapi saingan itu, sebaliknya hanya akan memanggil beberapa pemain baru dari pasukan negeri.
"Kami akan membuat pemilihan pemain baru pada 11 Julai ini untuk memperkukuhkan jentera. Kami tidak akan membuat perubahan besar lebih-lebih lagi kerana kesuntukan masa," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More