Saturday 16 July 2011

jersey 8,dan 10 malaysia..

                      JERSEY NO 8 DAN 10 KINI MAKIN DIGILAI RAMAI
                                
Jaringan menerusi sepakan percuma kapten Safiq Rahim dan dua gol daripada Safee Sali jelas membuka mata Liverpool bahawa Malaysia juga mampu melahirkan pemain berkelas dunia.
Penolong jurulatih Liverpool, Steve Clark mengakui kehebatan kapten Malaysia itu dalam mele- dakkan gol pertama agak mengejutkannya.

Malah menurut Clarke lagi, kemasukan Safee pada 20 minit terakhir permainan berjaya menaikkan semangat pemain negara dengan ketajaman penyudah dan keghairahan memburu gol.
"Bagi saya jaringan pemain No. 8 (Safiq) menerusi sepakan percuma sangat cantik sekali."
 Malah dia juga banyak memainkan peranan dalam gerakan Malaysia.


Penyerang No.10 (Safee) pula bermain dengan hebat. Dua jaringannya serta keghairahannya memburu gol berjaya memberi tekanan kepada LIVERPOOL..walaupon dibelenggu kecederaan kegairahan untuk mencipta gol tetap membara..dan akhirnya beliau berjaya meledakkan 2 gol bagi merapatkan jurang perbezaan gol.

Ia satu perlawanan yang baik bagi mereka,dan saya rasa aksi keseluruhan pemain Malaysia agak bagus. Mereka bertahan dengan baik dan sangat kompetitif,kadang kala barisan malaysia kerap alpa tentang kemampuan lawannya yang kurang memberi fokos sepenuhnya semasa perlawanan.



Apa pun saya lihat permainan malaysia makin maju dan boleh dikatakan meningkat juga..Sehinggakan sudah ramai rakyat malaysia yang yakin tetang kebolehan mereka.akhirkata shabas dan jutaan taniah keatas Raja Gopal dan anak didiknya.

2 comments:

Yup...ada peningkatan...like it!!

http://mat-jungle.blogspot.com/

nice entry

hrm betul tu..peningkatan yang mendadak..

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More