Ketua Pasukan Malaysia Dan Singapura

KETUA pasukan Malaysia, Safiq Rahim (kanan) dan Ketua pasukan Singapura, Shahril Ishak. Safiq, Shahril galas misi berat SELEPAS hampir empat tahun tidak bertembung dalam pentas rasmi bola sepak, sifat seteru antara Malaysia dan Singapura kembali lagi menghangatkan suasana. Malam ini, barisan Harimau Malaya diketuai Safiq Rahim dan Shahril Ishak (kiri) akan turun berarak membimbing rakan pasukan masing-masing masuk ke Stadium.

Ramalan Malaysia Akan Menang

Barisan pemain muda dalam pasukan Malaysia telah terbukti beraksi dengan cukup baik hingga mampu menjuarai Piala Suzuki (AFF) 2010. Reputasi sebagai juara itu sendiri sudah mampu menggerunkan Singapura.

kim swee nyata mahu mengetepikan

"Memang kami tahu, Jepun adalah pasukan terkuat Asia manakala Syria dan Bahrain juga banyak melibatkan diri dalam arena bola sepak antarabangsa. Pun begitu, ia tidak menjadi alasan untuk kami berasa gementar.

Penjaga Gol no 1 Malaysia

JOM KITA KENALI PENJAGA GOAL NO 1 MALAYSIA, Nama : Khairul Fahmi Che Mat, Tarikh Lahir : 7 January 1989 in

NORSHRUL IDLAN DAN KASUT EMAS

SHAHRUL IDLAN TALHAH atau lebih dikenali dikalangan rakan rakan (MAT YO) kini sedang berebut tempat dengan pemain terengganu untuk ditabal selaku pemenang kasut emas.Pemain yang berkelahiran terengganu ini dikenali ramai,sejak beliau berjaya membawa pasukan kelantan ke final piala fa menentang terengganu yg mana terenganu menang 2-1di stadium nasional bukit jalil tempohari.

Sunday, 31 July 2011

PENCAPAIAN COACH K.RAJAGOBAL

                                                                   DATO K. RAJAGOPAL

Rajagopal a/l Krishnasamy adalah ketua jurulatih pasukan bola sepak bawah 23 tahun kebangsaan Malaysia dan pasukan utama Malaysia. Rajagopal merupakan bekas pemain kebangsaan Malaysia pada era 80-an dan pernah melatih pasukan remaja Malaysia selain Selangor danKelantan.[1]
Rajagopal dilantik selaku jurulatih pasukan bawah 23 Malaysia pada 11 April 2009.[2] Sembilan hari selepas dilantik sebagai jurulatih bawah 23 tahun kebangsaan, Rajagopal dilantik sebagai jurulatih pasukan utama kebangsaan menggantikan B. Sathianathan yang dipecat pada awalFebruari.[3]
Pada Sukan Asia Tenggara 2009 di Vientiane, Laos, beliau berjaya membawa pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia mendapatkan kembali pingat emas selepas kemarau selama 20 tahun.
REKOD
Pasukan-Selangor Liga Malaysia.Liga Perdana I-2000 - Juara
Malaysia B-20 Asia - Kejohanan Belia Asia
2004 - Suku Akhir
2006 - Pusingan 1
ASEAN
Kejohanan Remaja ASEAN
2005 - Naib Juara
2006 - Naib Juara
2007 - Naib Juara

Wednesday, 27 July 2011

INFO STADIUM NASIONAL BULIT JALIL

Stadium keramat kita.

Stadium Nasional Bukit Jalil,Kuala Lumpur
Mula dibuka:-1998

Berukuran 76,000 meter persegi. Berbentuk mangkuk dengan tiga tahap tempat duduk penonton. Stadium pelbagai guna untuk pertandingan olahraga, perlawanan bolasepak, upacara pembukaan dan peristiwa bersejarah.

Stadium ini dilengkapi dengan kemudahan berikut:-

padang 68m x 105m
9 lorong 400m trek sintetik
9m x 400m trek sintetik
6m x 60m trek pemanas badan
Kapasiti 100,000 tempat duduk penonton dengan 200 ruang untuk orang kurang upaya.
Kemudahan lain:- Pusat media dengan pejabat berita, studio penyiaran dan bilik peralatan teknikal. Lampu limpah berkuasa 1,500 flux. Papan markah berwarna di bahagian utara dan selatan. Satu untuk informasi tentang acara dan pertandingan manakala satu lagi untuk paparan video.

Dilengkapi dengan bilik persalinan, bilik mandi, bilik sauna.

Sunday, 24 July 2011

PERKEMASKAN BENTENG KITA


SINGAPURA - Jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal mahu benteng pertahanan tidak mengulangi lagi kesilapan-kesilapan mudah sehingga dibolosi lima gol malam kelmarin.
Meskipun tewas 3-5 kepada Singapura pada aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar, di sini malam kelmarin, Rajagobal tetap yakin Malaysia akan mara ke pusingan ketiga.

"Kita beri Singapura gol-gol mudah hasil kesilapan sendiri. Kita tak boleh buat begini lagi pada aksi kedua nanti. Kita perlu bangkit untuk menang sekurang-kurangnya dua gol.

"Tapi kita perlu sentiasa positif. Dalam tiga atau empat hari ini, saya akan fikir sesuatu untuk aksi kedua nanti dan tetap yakin kita akan layak," kata Rajagobal pada sidang media selepas perlawanan malam kelmarin.
Kelonggaran benteng pertahanan gandingan Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Mahali Jasuli dan Asraruddin Putra Omar menyebabkan gawang Sharbinee Allawee Ramli bolos empat kali pada babak pertama dan satu lagi pada babak kedua.

Khidmat Aidil Zafuan Radzak yang diketepikan akibat kecederaan buku lali pasti ditagih pada aksi kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis ini sambil 'tangan emas' Khairul Fahmi Che Mat mungkin kembali menjadi harapan.

Namun Rajagobal perlu mencari pengganti sesuai apabila kapten, Safiq Rahim tidak dapat beraksi akibat kad merah diterimanya pada minit ke-49 selepas melakukan terjahan keras terhadap Harris Harun.

"Safiq seorang pemain tengah yang cukup berpengaruh. Ketiadaannya memaksa saya mencari pengganti sesuai. Saya perlu positif, yakin dan percaya dengan pemain lain yang ada," ujar Rajagobal.
Berkemungkinan Ismail Faruqi Ashari yang diletakkan sebagai penyerang kedua di belakang Safee Sali akan mengisi tempat Safiq untuk bergandingan dengan Amar Rohidan di bahagian tengah.
Atau Rajagobal mungkin meletakkan Baddrol Bakhtiar memandangkan dua lagi pemain yang ada, Shakir Shaari dan K. Gurusamy lebih berperanan sebagai pemain tengah bertahan seperti Amar.

"Saya tagih kehadiran 90,000 penyokong Malaysia kerana ia bakal memberi motivasi dan semangat kepada pemain kita di Bukit Jalil nanti. Kita kena yakin bahawa kita mampu menang di laman sendiri," tegas Rajagobal.

petikan dari  KOSMO

BOLEH BELI TICKET MALAYSIA VS SINGAPORE

Msia vs spore 28july di snbj:
RM50 (tempat duduk utama), RM30 (tempat duduk terbuka) dan RM5 bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

26 Julai hingga 27 Julai dari jam 9 pagi hingga 7 malam
->Stadium MBPJ, Petaling Jaya. Di sebelah Pintu Utama.
->Stadium Shah Alam. Di Pintu A.
->Stadium Nasional, Bukit Jalil. Di Pintu Kuning.

28 Julai 2011 dari jam 9.00 pagi hingga waktu rehat perlawanan.
->Stadium Nasional, Bukit Jalil. Di Pintu Kuning

Penjualan tiket di Stadium Nasional, Bukit Jalil adalah seperti berikut:-
->26 dan 27 Julai – 9 pagi hingga 7 malam.
->28 Julai - 9 pagi hingga waktu rehat perlawanan

SENARAI PEMAIN MALAYSIA VS SINGAPORE


PENJAGA GOL

Khairul Fahmi
Mohd Sarbinee alawee
Mohd Nashril Nordin

PERTAHANAN

Mahali Jazuli
Muslim Ahmad
Mohd Asarudin Putra Omar
Mohd Fadli Mohd Shaz
Aidil Zaqwan
Helmie Ramli
Mohd Azmi Muslim
Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid

TENGAH

Shafiq Rahim
Shakir Sharani
Ahmad Sahari Samsudin
Abdul Hadi Yahya
Mohd Amirul Hardi Zainal
Badrul Baktiar
S.Kunalan
K.Gurusamy


PENYERANG



Mohd Safee Salee
Mohd Hardi Yahya
Izzaq Faris Ramlan
Mohd Asahari Samsuddin

Saturday, 23 July 2011

                                                  safe salee merapatkan jurang jaringan
 
Pada aksi malam tadi, anak- anak buah Datuk K. Rajagobal ter- nyata gagal beraksi pada tahap sebenar meskipun diiringi sokongan 1,500 penyokong Malaysia yang menyeberangi Tambak Johor.
Biarpun mendahului seawal 25 saat permainan bermula menerusi penyudah kemas Safee Sali, Singa- pura pantas menyamakan kedudukan menerusi Aleksandar Duric pada minit ketujuh. Singapura terus menghukum kelonggaran benteng pertahanan Malaysia dengan menambah tiga lagi gol hasil sepakan percuma Qiu Li (21), Mustafic Fahrudin (43) dan Shi Jiayi pada minit ke-45. Ketinggalan 1-4, Malaysia memulakan babak kedua dengan langkah kiri apabila kapten, Safiq Rahim dilayangkan kad merah pada minit ke-49.
Mujur pemain bek kanan Singa- pura, Ismail Yunos turut dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning kedua pada minit ke-53. Kesempatan beraksi 10 lawan 10 kembali digunakan Malaysia untuk memperoleh gol kedua hasil jaringan penyerang gantian, Abdul Hadi Yahaya pada minit ke-68 dan gol ketiga menerusi Safee seminit kemudian. Namun harapan melihat Malaysia bangkit menyamakan kedudukan 4-4 tidak kesampaian apabila Duric meledak gol kelima Singapura pada minit ke-80. Malaysia kini perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 pada aksi kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis ini seandainya mahu layak ke pusingan ketiga.

KETUA pasukan Malaysia, Safiq Rahim (kanan) dan Ketua pasukan Singapura, Shahril Ishak.


Safiq, Shahril galas misi berat

SELEPAS hampir empat tahun tidak bertembung dalam pentas rasmi bola sepak, sifat seteru antara Malaysia dan Singapura kembali lagi menghangatkan suasana.
Malam ini, barisan Harimau Malaya diketuai Safiq Rahim dan Shahril Ishak (kiri) akan turun berarak membimbing rakan pasukan masing-masing masuk ke Stadium Jalan Besar dengan misi sama - menang dan membawa modal selesa bagi perlawanan kedua, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia zon Asia di Kuala Lumpur pada 28 Julai ini.


Tidak dinafikan kedua-dua kapten berkenaan harus berperanan besar dalam perlawanan getir itu nanti yang membabitkan pertemuan dengan dua pasukan tetangga yang kaya dengan tradisi pertembungan sesama mereka. Dengan tiket sudah habis dijual, sorakan antara penyokong kedua-dua pihak yang sudah lama ‘tidak berperang’ akan kembali mencetus bahang saingan yang membabitkan ego tinggi masing-masing.

Harimau Malaya dengan prestasi terpuji kebelakangan ini memiliki segala ruang untuk menang dan apa yang pasti seluruh rakyat Malaysia akan mendoakan kejayaan pasukan kesayangan mereka untuk pulang bak wira dari gelanggang lawan.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More